Lagenda Budak Melayu...

Amaran::Artikel ini agak pnjang dan terdpt sdkt sensitiviti...bg mereka yg x suke mmbaca perkara2 merepek dan pjg meleret anda memerlukan bimbingan dr org yg lebih dewasa ataupun beralih ke blog2 lain...


Beberapa bulan dahulu, aku mendapat khabar sebuah novel terlaris di Malaysia karya Ahadiat Akasha akan diadaptasikan ke pentas filem dengan judul Lagenda Budak Setan. Meskipun aku tidak pernah membaca novel yg dikatakan amat hebat ini, seorang rakan baik aku ketika itu telah menceritakan serba ringkas dari awal hingga ke akhir cerita. Dari gaya cerita yg disampaikan oleh rakan baik aku itu, ternyata novel Alhadiat Akasha ini pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu. Mungkinkah filem ini akan menjadi sehebat filem2 adaptasi eropah spt Great Expectation karya penulis hebat Charles Dicken (lakonan Ethan Hawke dan Gwyneth Paltrow) ataupun High Fidelity karya Nick Hornby (lakonan John Cusack dan Jack Black). Justeru,aku menanamkan impian utk menyaksikan filem melayu ini...


Sebagai seorang yg jarang menonton filem berbahasa Melayu aku terpaksa membuat beberapa persediaan untuk tidak bersikap skeptikal agar tidak membandingkan dgn filem2 bukan berbahasa Melayu yg sering aku lihat. Bagi mendapatkan mood Melayu yg tegar, aku mengambil keputusan utk melayan beberapa buah drama Melayu selama beberapa bulan sebelum filem ini ditayangkan. Filem2 arahan Richard Linklater, Wes Anderson, Jim Jarmush, Cameron Crowe, Alfonso Cuaron, dan Alejandro Gonzalez Inarittu aku lupakan seketika.

Drama2 Melayu di slot cerekarama dan akasia menjadi rutin utama aku. Bagi menyemarakkan lagi semangat Melayu dlm diri aku, aku terpaksa bangun seawal jam 4pg bagi menonton siaran ulangan drama popular lakonan Ahmad Idham sewaktu remaja, Cinta Antara Benua yg ditayangkan di TV3. Aku juga berpeluang menonton sebuah drama adaptasi Novel Obsesi (aku masih igt ada seorang akak di Terengganu yg obses gila dgn drama ni..pasti dia tak sabar2 nk tgk LBS nanti)lakonan Lisa Surihani dan Remy Ishak bg meluap2kan lagi semangat drama Melayu dlm diri aku. Siaran HBO, Starmovies dan Cinemax terpaksa aku ketepikan dahulu semata2 utk memberi laluan kpd drama2 melayu. Filem2 spt Raising Arizona, Before Sunrise dan Before Sunset, Notting Hill, Chocolate, Adventureland dan Badlands aku gantikan dgn drama2 spt Dunia Baru, Jelatang, Kapten Kid, Cik Leman Pergi Memandu, Jaguh-Jaguh, Hati waja, Khaber Hero Khaber Zero, Bionik, Jidin, Kereta Tua, Anak Teruna, Laila Majnun dan semua drama slot ptg2 di TV3 dan TV9. Program2 melayu spt melodi, Fuhh!!, Nona, Wanita Hari Ini dan MHI menjadi santapan minda aku sbg persiapan utk membangkitkan semangat kemelayuan dlm diri aku.


Tidak cukup dgn itu, aku sering melayari website2 gosip artis Melayu spt budiey.com, beautifulnara, harianmetro online..melayuboleh...eh silap, melayukini utk mdpatkan pkmbangan terkini tentang drama2 Melayu. Website2 spt rottentomatoes, metacritic dan Imdb aku padamkan sementara dari bookmark page di komputer aku bg menebalkan lagi semangat melayu dlm diri aku.

Aku juga singgah di kedai2 majalah (kedai majalah melayu, bukannya MPH, Borders ataupun Popular) utk membelek2 majalah hiburan Melayu spt mangga, uRTV, Media Hiburan, Varia Pop, ruangan Nizam Kring2 di pancaindera dan Hai utk melihat gosip2 terkini artis Melayu. Majalah2 spt Empire dan Total Filem aku lupakan seketika. Akhbar2 Inggeris spt thestar, Malaymail dan Thesun juga aku buangkan kedalam tong sampah dan digantikan dgn akhbar2 Kosmo, Harian metro yang biasanya penuh dgn (aksi2 lucah terlampau org melayu dan juga cerita2 mat punk ludah org, black metal minum darah kambing dan banyak lagi cerita2 misteri).

Pun begitu aku rasakan semangat drama Melayu itu masih belum cukup kukuh dlm diri aku. Aku masih lagi terbayang2 wajah Johnny Depp, Ethan Hawke, Leonardo di Caprio, Tom Hanks, Hugh Grant,Dustin Hoffman, Jack Nicholson, Robert de niro dan Edward Cullen. Aku masih lagi terkenang2 wajah Natalie Portman, Julie Delpy, Evan Rachel Woods, Elisha Cuthbert dan Kristen stewart. Bagaimana aku hendak menggantikan mereka dgn wajah2 faizal Hussein, Eizlan Yusoff, Hans Isaac, Nasir Bilal Khan, Jehan Miskin Zamarul Hisham (mamat spektra), Jalaludin Hasan ataupun Kuswadinata. Apa lg yg harus aku lakukan utk membuatkan aku sering terbayang2 wajah Rozita Che Wan, Rubiah Suparman, Nasha Aziz, Fasha Sandha mahupun Kartina Aziz ataupun Wan Maimunah.

Justeru utk meluap2kan lagi semangat Melayu dlm diri aku, aku perlu mendengar lagu2 Melayu. Lagu2 berunsurkan anti sosial berjudul There is A Light That Never Goes Out nyanyian The smith aku gantikan sementara dengan lagu Melayu popular dulukala Andai Dapat Kuundur Masa nyanyian kumpulan AXL. Lagu2 David Bowie, T-rex, Queen, REM, Smashing Pumpkins, The clash, Bob Dylan dan The Cure aku ketepikan seketika. Aku gantikan dengan lagu2 Melayu ciptaan Fauzi Marzuki, Azam Dungun, Eddie Hamid ataupun Johan Nawawi. Lirik2 puitis serta leleh dlm lagu Slam, Spring, Ukays, Spoon, BPR, Ekamatra aku hafal dan perdengarkan di corong subwoofer Sonic Gear milikku bg mgukuhkan lagi semangat2 Melayu dlm diri aku...(pasti jiran aku tak sangka ada bdk Melayu tinggal di sebelah rumahnya)

Membiasakan diri dgn cerita Melayu sudah, mendengar2 lagu Melayu juga sudah. Kini tinggal peringkat akhir persediaan aku iaitu menyesuaikan diri dengan suasana masyarakat Melayu. Aku harus pergi ke tempat2 yg dipenuhi ramai mat2 Melayu. Maklumlah utk menonton filem Melayu yg pastinya dipenuhi oleh ramai Melayu2 tegar aku harus bersedia. Suasana menonton filem Inglorius Basterd ataupun 500days of Summer di wayang pastinya tidak sama dengan suasana menonton Lagenda budak setan nanti. Justeru aku harus bersedia.

Utk mendapatkan suasana Melayu aku harus berkunjung ke tempat2 yg majoritinya Melayu. Di kawasan kediaman aku Melayu hanya minoriti. Kalau adapun Melayu yg tak berapa Melayu. Kawan2 aku pun tidak ada semangat Melayu dlm dirinya. Jadi suasana Melayu itu tidak ada. Aku mengambil keputusan utk lebih banyak melepakkan diri di kawasan2 Melayu di sekitar PJ iaitu di Taman Medan, Kg Melayu Subang, dan Kg Dato' Harun.

Tp aku rasa suasana Melayunya tidak cukup gah. Tidak ramai Mat Rempit, tidak ramai lelaki memakai baju Polo berseluar besar, tiada remaja2 yg memakai t-shirt 'Saya sayang mak Awek saya', tiada gadis2 melayu berambut perang yg menampakkan lurah dada dan camel toe serta memakai anting2 sebesar rim kereta. Tiada abang-abang Azman yang gah dengan kereta Wira atau Putra convert enjin Mitsubishi dengan sport rim berkilat dan berspoiler seolah-olah ingin terbang ke syurga. Ini tidak cukup Melayu. Aku harus pergi ke tempat yg lebih tegar suasana melayunya. Justeru, mengikut kajian sosial dr kawan2 rapat, aku harus keluar dari Petaling Jaya.

Jadi aku menuju ke sekitar Kuala Lumpur kerana menurut kawan aku di situ ramai Melayu dan suasananya cukup Melayu. Bg mencari erti Melayu sbenar aku ke Kampung Baru, Ampang, Wangsa Maju, sekitar KlCC, dan Gombak. Aku sempat berkunjung beberapa kali ke shopping complex Wangsa Walk, KLCC dan Ampang Point. Memang ramai mat2 melayu bersidai di tangga dan koridor2 di sana. Aku juga sempat mluangkan masa menghabiskan sebatang 2 rokok bersidai bersama2 bg mendapatkan sedikit aura Melayu yg mereka ada.(aku berharap bahagian ini tdk sensitif kpd mereka2 yg tinggal di area ini. Ada juga rakan2 yg ku kenal, tinggal malah bekerja di area ini dan mereka semua2 baik2 belaka dan tidak tergolong dlm mereka2 yg bersidai di tangga2).

Selain dari berkunjung ke area2 Melayu aku juga memperbanyakkan makan dan minum di kedai2 Melayu. Aku lupakan seketika Strawberry Fields, Anw, Nasik Lemak Babi Taman Bahagia (jgn slh faham..ini bukan nasik lemak yg diisi lemak babi). Aku lebih banyak membeli makanan di nasi gulai kawah Pantai Dalam, Nasi kukus Kerinchi, nasik campur di Pasar Besar jln Othman dan kedai2 melayu di sekitar PJ.

Akhirnya bbrp hari sebelum filem Lagenda Budak Setan ditayangkan semangat Melayu aku sudah hampir sempurna. Buktinya aku nyaris2 bergaduh dgn rakan rumah aku yg hendak menonton Desperates Housewives sedangkan aku hendak menonton drama Melayu, aku juga nyaris2 membeli keris di flea market Amcop Mall beberapa minggu lalu, tidak cukup dgn itu, aku hampir2 mmbeli minyak petrol untuk membakar rumah jiran aku yg semestinya bukan melayu sblm ditenteramkan oleh sahabat2 aku...bukan itu sahaja, krn terlalu menghayati semangat Melayu, aku juga beberapa kali memakai baju Melayu lengkap dgn samping yg kebiasaannya aku pakai sewaktu ke masjid sahaja...mujur tiada tunjuk perasaan memperjuangkan hak keistimewaan Melayu baru2 ini..kalau tidak pasti aku akan turut sama menyertainya...

Aku rasa semuanya dh cukup Melayu...drama melayu, lagu melayu, makan di kedai Melayu, lepak2 di tempat Melayu..suasana Melayu itu dah cukup tinggi aku rasa...semangat itu dh hadir dlm diri aku...aku sudah betol2 jadi Melayu...sejarah2 melayu dari Hikayat Langkasuka hingga ke Hikayat Merong Mahawangsa semuanya sudah aku kaji...kata2 hidup melayu kerap kali bermain di bibir tanpa aku sedari..aku rasa ini adalah tanda aku sudah cukup bersedia utk mengorbankan RM10 bg menonton filem Melayu...meskipun terdapat tindak balas kurang menyenang2 dr rakan2 aku yg terlebih dahulu melihat filem ini...aku gagahkan juga untuk menontonnya...barangkali mereka tidak cukup semangat Melayu dan tak cukup bersedia utk menonton filem Melayu...

Petang Jumaat lalu , ditemani 2 org rakan aku yg semestinya Melayu, aku berangkat ke panggung wayang dgn penuh semangat dan gaya seorang melayu. Lokasi yg aku pilih pastinya penuh dgn suasana Melayu iaitu wangsa walk di wangsa Maju. Waktu aku smpai ramai mat2 melayu bersidai di tangga2 menghalang laluan aku dan rakan2 aku utk berjalan dan lebih Malang lagi sewaktu berbaris utk membeli tiket, aku dikhabarkan tiket utk tayangan filem Melayu yg aku tunggu2 itu telah habis dibolot Mat2 Melayu...(di sini mood aku telah swing utk kali pertama...aku sabar, demi cerita Melayu, mood swing kali kedua baca selanjutnya...)

Mujur aku sempat bergegas ke One Utama utk menyaksikan midnight di sana (pertama kali melihat midnight cerita Melayu...ini juga kali kedua aku mengeluarkan duit utk melihat cerita melayu sepanjang 21 thn aku hidup)...meskipun One Utama adalah shopping kompleks yg tdk cukup Melayu (buktinya masih byk tiket cerita LBS yg dijual)...aku gagahkan jua utk melihatnya...

10 minit sblm bermula aku telah memasuki panggung dgn ckup semangat melayu...aku lihat didalam semuanya Melayu..dikiri aku melayu, dibelakang aku melayu..didepan aku pon melayu...inikan cerita Melayu pastilah ramai melayu..aku tidak sabar2 menunggu filem melayu ini ditayangkan...

Saat2 ditunggu akhirnya tiba...Lisa surihani (artis Melayu pujaan remaja2 Melayu ) dan Farid Kamil pun muncul di skrin melakonkan watak Kasyah dan Ayu ditambah dgn beberapa watak tempelan Raja Farah dan Nubhan (yg tiba2 hilang entah kemana didalam filem ini)..20 minit pertama filem ditayangkan aku layan dengan penuh khusyuk smbil membandingkan dgn cerita dari novel sebnar yg pernah diceritakn oleh seorang rakan baik aku satu ketika dahulu...

Sedang aku khusyuk melayan perasaan, mamat melayu di hadapan aku tiba2 berpusing dan berkata "Beb, lu boleh tak jgn tendang2 kerusi gua"...damn..mood aku swing, semangat mlayu aku hilang terus entah ke mana....aku mmbalas kenyataan mat melayu itu dgn "lu kalo nk selesa beli dvd tgk kt umah",mat melayu itu masih lg tak puas hati dan membalas kata2 aku...aku pon turut membalasnya sehingga aku tdgr suara garau...

"Sudah2..aku nk tgk Lisa Surihani ni..."(rupa2 nya rakan aku disebelah bersuara)...bermula dari itu sehinggalah tamat cerita LBS aku tdk dpt menumpukan perhatian...Lisa surihani entah kemana Fazura entah kemana...(benar kata2 rakan2 aku...nk tgk citer melayu ni kene cukup bersedia...bkn setakat semangat melayu sahaja...bersedia dgn penonton2 nya juga...maklumlah semuanya nk penghayatan yg penuh)...Sia2 aku tanamnkan semangat melayu semata2 nk menonton cerita LBS ni...

Tapi kalau dh tgk filem rugi tak kritik, aku bukanlah org yg layak untuk mnjadi pengkritik filem..utk menjadi pengkritik filem bukan hanya melihat di wayang gmbar, at least kene lihat lebih dr sekali..kene kaji dr sudut skripnya, camera worknya, screenplaynya, editingnya...tp aku rasa cerita LBS ni bukanlah the worst film yg aku penah tgk...mungkin sbb persediaan awal yg aku melihat byk cerita2 melayu ataupun mood aku swing oleh disebabkan mamat melayu yg tidak puas hati kerusi nya disentuh oleh kaki aku..barangkali...


Aku sempat mmbuat rating berpandukan pndangan aku sdiri dan dibandingkan dgn filem2 dan drama2 melayu yg lain...jgn dibandingkan dgn filem2 barat pastinya terlalu jauh utk dibandingkan...aku pun tidak meletakkan expectation yg tinggi utk cerita ini..sekadar ibadah sahaja...rating ini juga barangkali dpengaruhi semangat melayu aku yg masih lg tinggal hasil dr persediaan yg rapi..(masing2 punya pndapt berbeza)...

5 star bg mereka yg biasa tgk citer Melayu atau semangat melayunya tinggi.

1 star bg mereka yg jarang tgk citer Melayu

Scene pilihan aku:::Scene yg ada Lisa Surihani
Scene bukan pilihan:::Scene yg takda Lisa surihani
Scene Stealer:::Fazura
Scene tipikal cerita Melayu:::Minum air fresh orange
Scene yg ditunggu2:::Closing Credit
Quote Pilihan::: "Diamlah wei..aku nak tengok Lisa Surihani ni" -
Conclusion: Sesuai dilayan dikaca TV sahaja sewaktu santai ataupun dilayan pada mlm raya bersama keluarga secara percuma atau lebih sesuai di dramakan spt Adamaya.


Anda perlu tgk citer ini kalau anda meminati cerita2 spt : Cinta Antara Benua, Salam Taj Mahal, Sephia, Obsesi, Jelatang, dan peminat2 slot akasia, cerekarama, drama swasta, Samarinda dan pembaca setia novel2 melayu.

Anda tak perlu bersusah payah untuk tgk citer ini kalau anda tidak mempunyai semangat melayu yg cukup, tidak sanggup berhadapan dengan penonton2 tegar wayang gambar Melayu, ataupun meminati cerita2 spt : Notting Hill, Before Sunrise, Chocolate, What's Eating Gilbert Grape, Waitress ataupun filem2 kungfu lakonan Jet Li dan jackie chan.

Aku masih ingat pesan kawan aku dulu..."Jangan tengok wayang Melayu, nanti balik tendang pintu"...(malangnya kawan yg memberi pesanan kpd aku ni pon turut sama menonton cerita LBS bersama2 aku).

***P/S: Artikel ini tidak berniat utk menghina mana2 remaja2 Melayu yg berseluar besar, memakai baju polo berlogo besar atau yg seangkatan dgnnya, memakai baju bertulis saya sayang mak saya atau saya syg awek saya..ini sekadar hiburan dan renungan kita bersama...Harap maklum.