Melatah

Setengah dari "mereka" mungkin sedang membaca blog ini. Selamat Membaca diucapkan. Tak perlulah tanya mengapa blog ini wujud. KETUK DULANG PAKU SERPIH adalah satu perumpamaan yang cocok bagi mereka. Kenapa perlu tanya siapa yang menulis blog ini? kenapa sibuk sibuk nak marah orang sana sini? kenapa? Tanya diri sendiri.

Ada "Kamu" berjumpa dengan pekerja pekerja "kamu" untuk menyatakan kenapa gaji lewat? kenapa melarikan diri? menyembunyikan diri tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. "kamu" sebagai majikan seharusnya bertanggungjawab memberitahu sebarang kelewatan gaji kepada semua pekerja. Kenapa perlu lari? pekerja pekerja "kamu" mungkin akan lebih memahami dan bertolak ansur apabila "kamu" bertanggungjawab memberitahu keadaan sebenar.

Maxxiss belum membuat pembayaran? dan pelik juga bila alasan maxxiss belum membuat pembayaran digunakan lagi. Pembayaran dilakukan setiap bulan? hmmm.."kami" berniaga juga.

Tanggungjawab Majikan amatlah besar. Saat dia bersetuju menerima seseorang sebagai pekerjanya dia juga telah bersetuju untuk menjaga kebajikan pekerja tersebut. Tidaklah terhad kepada pembayaran gaji sahaja. Sakit,pening,makan,minum seharusnya di ambil kira. Ini kami tekankan berkenaan gaji yang masih lagi belum diterima. Bagaimana kami hendak ke tempat kerja jika duit tidak ada? nak pergi kerja haruslah menaiki kenderaan. Siapa yang nak isi minyak? siapa yang nak bagi duit belanja poket? ingat kerja percuma? Kami bukan saudara mara "kamu" semua. Prihatin lah wahai "kamu". jangan pula nanti tanya kami kenapa tak datang kerja? malahan mengugut untuk memotong gaji. Hello!!!!

2 comments:

iamtheblockheads said...

opocot bos sial...aiseh termelatah plak dah

SaroL said...

masih ada yg mengugut utk memotong gaji ker?
herm..potonglah kalo nak potong pun..halalkan ajer..
moga rezeki kita bertambah murah selepas ini. Amin!